Sabtu, 23hb July 2011, selesai sahaja sessi badminton pagi tu, aku dan isteri mula bersiap-siap untuk ke majlis seterusnya. Hampir jam 12.00 tengahari, kami bergerak menuju ke Bangsar. Memandangkan temujanji dengan rakan-rakan hanya akan berlangsung pada jam 2.30 petang, kami yang sedang kelaparan ketika itu, meneruskan perjalanan kami ke Syed Bistro di Happy Garden Bangsar untuk menikmati makan tengahari. Alhamdulillah, lepas juga hajat aku nak menikmati briyani kambing selepas farewell party utk practical student bersama rakan-rakan pejabat yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat yang lalu di Syed Bistro terpaksa dibatalkan. Farewell party tersebut telah dilangsungkan bersama dengan majlis menyambut Ramadhan yang diadakan di office pada hari yang dirancangkan. Selesai di Syed Bistro, perjalanan diteruskan ke Masjid Angkasapuri bagi menunaikan Solat Zohor, sementara itu, sempatlah isteri aku menjalankan urusan yang perlu beliau selesaikan di pejabatnya. Lebih kurang jam 2.15 ptg, kami pun bergerak ke pejabatku untuk memenuhi temujanji dengan rakan-rakan pada jam 2.30 petang.

Khidmat masyarakat yang telah saya laksanakan ialah bertempat di bilik tembikar di Jabatan Pendidikan Seni Visual yang telah dilaksanakan pada 12 September 2014. Saya memilih untuk melaksanakan tugasan ini kerana kami diberi peluang untuk memilih program khidmat masyarakat yang ingin dilaksanakan. Contoh Aktiviti Khidmat Masyarakat. Alhamdulillah, mereka semua gembira dengan kehadiran kami di sana. Program seterusnya, penyampaian sumbangan-sumbangan kepada mereka yang telah.

Setibanya kami di parkir, kelihatan sahabatku, Kahar, sedang berjalan menuju ke lobby. Tidak lama kemudian, Haniff tiba di sofa lobby untuk lepak bersama-sama kami sementara menanti rakan2 yang lain tiba. Kemudian, barulah abang Chu dan beberapa rakan lain tiba bersama troli barang-barang yang hendak dibawa bersama. Software kitab hadits digital 9 imam hadits.

Lebih kurang jam 2.45 petang, barulah semua rakan-rakan tiba. Kami pun memulakan perjalanan ke Setapak yang disertai oleh 4 buah kereta. Tiba di Setapak, kami berhenti di jalan bertentangan hadapan pasar besar Setapak. Di situlah kami bertemu dengan rakan-rakan lain yang dah standy lebih awal. Hampir jam 3.00 petang, rombongan kami tiba di Rumah Amal Permata Hatiku. Lawatan amal ke rumah anak yatim ini adalah antara kerja amal yang dianjurkan oleh Division (HC SSO) tempat aku bertugas.

Semua rakan-rakan yang hadir pada petang itu adalah bagi mewakili lebih 120 anggota division kami yang telah sudi memberi sumbangan ikhlas yang akan disampaikan terus kepada anak-anak yatim dalam majlis berkenaan. Operasi mengangkut barang-barang sumbangan. Bergambar kenangan bersama Kahar Sabar menunggu rakan-rakan yang masih belum tiba Antara kenderaan rombongan ke rumah Amal. Ketibaan ahli-ahli rombongan Rumah Amal Permata Hatiku yang terletak di Setapak ini, menempatkan seramai 25 orang anak yatim yang berasal dari Pahang dan Johor. Pada asalnya, pengurusan rumah anak yatim ini bertempat di Endau Rompin, Pahang.