LINUS, konstruk linus, apa maksud linus, kaedah, saringan, soalan, ujian, sekolah, tahun, cara diukur, sekolah rendah, Apa dia program LINUS di sekolah rendah tu sebenarnya? ~ Cerita Ita Apa dia program LINUS di sekolah rendah tu sebenarnya?

PROGRAM LINUS & PROTIM APA MAKSUD PROGRAM LINUS? Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. DEFINISI LITERASI Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. KEMAHIRAN ASAS LITERASI TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.

TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan. DEFINISI NUMERASI Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. KEMAHIRAN ASAS NUMERASI TAHUN 1 - Kemahiran: Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50. - Operasi asas: Faham fakta asas tambah dan tolak - Aplikasi: Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas TAHUN 2 - Kemahiran: Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100 - Operasi asas: Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi -Aplikasi: Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek TAHUN 3 - Kemahiran: Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000. - Operasi asas: Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi - Aplikasi: Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai LINUS • Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012 • Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan • KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja.

Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan • PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi LATAR BELAKANG • * Satu daripada National Key Result Area (NKRA) • “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”. • (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara) • * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Free download buku noah band live. • * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.

• Rasional • * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing. • * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II. • Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya: • Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA. • * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Les fleurs du mal.