Program Televisyen Karut dan Tahyul Kepada Masyarakat Posted on 14 Mac, 2008 by admin Bilangan saluran televisyen semakin bertambah di negara ini yang menyaksikan semakin banyak rancangan yang mampu ditonton oleh masyarakat kita. PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP RANCANGAN REALITI TV Oleh: Salmihah Binti Che Mud Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi Pendahuluan Semenjak rancangan survivor disiarkan pada tahun 2000 kepada khalayak ramai, ianya telah memberi satu pendedahan tentang format baru rancangan televisyen iaitu rancangan.

Sejak belakangan ini dunia hiburan dari hari ke hari semakin popular di kalangan remaja. Program realiti hiburan merupakan salah satu bentuk hiburan yang tidak pernah lekang daripada menghiasai bibir-bibir remaja kini. Program realiti hiburan ialah sebuah rancangan realiti yang memaparkan bakat-bakat baru yang telah lama terpendam di dalam jiwa remaja zaman ini. Antara contoh program realiti hiburan yang acap kali menjadi topik utama perbualan remaja kini ialah rancantan Imam Muda iaitu sebuah program yang mencari imam atau pemimpin yang bijak berhujah dalam isu-isu agama untuk dijadikan “Role Model” kepada remaja-remaja kini, selain itu rancangan Akademi Fantasia iaitu sebuah rancangan yang mencari pemuda yang memiliki bakat menyanyi agar dapat mengetengahkan muzik-muzik tanah air di persada dunia, dan rancangan-rancangan yang lain.

Television

Antara faktor program realiti hiburan ini menjadi topik hangat dalam perbualan khalayak remaja adalah kerana program ini mempunyai cirri-ciri dan keunikannya yang tersendiri. Ata Antara keunikannya ialah peserta-peserta akan diuji dengan pelbagai tugasan yang semakin mencabar dari hari ke hari, mempunyai sistem undian yang memberi peluang kepada penonton untuk menilai dan memilih peserta yang terbaik serta pelbagai kejutan yang dibuat oleh pihak penganjur agar penonton tidak jemuh melihat aksi-aksi peserta dalam menyelesaikan tugasan mereka. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi pihak terutamanya daripada kalangan orang dewasa ini menganggap bahawa program-program hiburan seperti ini banyak menyumbangkan kesan negatifnya daripada kesan positifnya. Sudah semestinya bukan senang untuk kita mengubah persepsi mereka tentang hal ini jika kita tidak menjelaskan antara kebaikan program-program seperti ini yang boleh diperolehi kepada mereka dengan baik dan efektif. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama membincangkan antara kebaikan program realiti hiburan ini agar masyarakat kita dapat melihat akan kepentingan program ini dalam menjana revolusi di dalam industri hiburan tanah air kita. Kalau tidak pecahkan ruyung mana dapat sagunya. Madah melayu ini juga amat sinonim sekali dengan kata hukama’ “man jadda wajada” bermaksud sesiapa yang hendak maka dia akan mendapatkannya.

Kedua-dua madah ini membawa gambaran yang sinonim sekali iaitu seseorang itu jika tidak berusaha untuk mendapatkan sesuatu benda itu masakan dapat hasilnya. Hal ini sama juga dengan situasi remaja sekarang ini bagai pahat dengan penukul, kena tegur dahulu baru hendak melakukan kerjanya. Contoh yang paling dekat untuk menerangkan situasi ini dengan lebih lanjut ialah kebanyakan remaja sekarang ini tidak akan menyelesaikan kerja sekolah mereka selagi mana guru-guru mereka tidak melakukan sesuatu terhadap pelajarnya itu. Begitu juga dengan bakat istimewa mereka yang sekarang ini masih tidur lena di dalam dirinya, hanya menunggu masanya yang sesuai sahaja untuk dikejutkan bakat itu. Jika bakat ini dapat dikejutkan, maka satu keajaiban- masa depan akan menjadi semakin cerah, dan mudah dikecapi akan dirasai oleh pelajar tersebut. Untuk mengejutkan atau menonjolkan bakat itu kerajaan telah melakukan pelbagai usaha seperti menyarankan industri hiburan di Negara kita supaya menganjurkan pelbagai program realiti hiburan yang berobjektifkan ingin menonjolkan bakat sebenar remaja di luar sana yang masih tercari-cari lagi hala tujuan yang harus mereka pilih. Oleh yang demikian salah satu kebaikan program realiti hiburan ini diwujudakan adalah dapat menolong remaja kini daripada tersalah memilih hala tuju mereka.